Taklimat tawaran kursus telah dibuat kepada semua pelajar meliputi unit V, W, X, Y dan Y secara Google Meet pada 26 Disember 2023 hingga 27 Disember 2023. Tujuan taklimat ini adalah memastikan pelajar dapat mendaftar kursus dengan lengkap bagi semester tersebut. Ketua Jabatan telah memberikan kata-kata aluan serta beberapa peringatan yang penting. Dr. Norshima telah berkongsi dengan maklumat jadual waktu manakala En.Shahrun telah menyampaikan maklumat tawaran kursus bagi semester berkenaan.
Bengkel KPPB Secara berpusat bagi semua pensyarah
20 - 22 Disember 2023 - Sebagai persediaan bagi semester II 2023/2024, JKA telah merancang Bengkel Perancangan Kurikulum kepada semua jabatan akademik. Salah satu aktiviti dalam perancangan ini ialah Bengkel KPPB. Bengkel ini bertujuan untuk mengumpulkan semua penyelaras kursus serta pensyarah bagi aktiviti merungkai dan merangkai. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Hamdiah, Dr. Siti Rosni dan Dr. Hadi. Hasil daripada bengkel ini penyelaras kursus dan pensyarah telah mendapat gambaran awal bagi persediaan untuk semester II 2023/2024 dan mereka berjaya menghasilkan borang KMR yang lengkap.
Penilai Anugerah Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2023
Majlis Santunan Budi Pengarah IPGKI
30 Ogos 2023 - KJ JKA bersama-sama ahli JKA meraikan majlis persaraan Pengarah, YBhg. Dr Yahya bin Osman yang bersara pada 31 Ogos 2023 di Hotel Sri Malaysia, Ipoh.
Anugerah APC & Anugerah Pengarah
24 Ogos 2023 - JKA mengetuai penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 2023. Majlis berjalan dengan meriah dan lancar dirasmikan oleh YBhg. Dr Nasrudin bin Basar, Penasihat Pendidikan Guru, Yayasan Tun Hussein Onn (YGTHO).
Kursus Eksplorasi Budaya Kerja kepada Pensyarah Baharu
21 Ogos 2023 - Kursus Eksplorasi Budaya Kerja kepada Pensyarah Baharu Ipg Kampus Ipoh berlangsung di Mini Teater anjuran JKA. Timbalan Pengarah sedang menyampaikan ucapan perasmian dalam kursus tersebut.
Bengkel Pemantapan Pendidikan Berasaskan Hasil atau Out Come Based Education (OBE)
Lawatan Ke Mahkamah Rendah Syariah Negeri Perak Oleh Pelajar-Pelajar Elektif Teras FKIK3013 Fiqh Kekeluargaan Islam.
17 Julai 2023 : Lawatan bertujuan mendalami Ringkasan
Maklumat Kursus (RMK) di bawah tajuk Pembubaran Perkahwinan. Pelajar didedahkan
dengan taklimat berkaitan hal ehwal dan peranan mahkamah, seterusnya pelajar
dibawa ke dalam kamar perbicaraan untuk melihat secara langsung perbicaraan
berkaitan tuntutan fasakh, nafkah, harta sepencarian dan lain-lain.
Semoga lawatan ini dapat menambah info dan maklumat
bermanfaat kepada semua pelajar yang hadir.