• ;

Anugerah Guru Berwibawa Kategori Pensyarah Berwibawa

28 November 2024 : Setinggi-tinggi Tahniah kepada Dr. Nornajwa binti Ghazali atas penerimaan anugerah GURU BERWIBAWA : KATEGORI PENSYARAH BERWIBAWA, dalam MAJLIS  APRESIASI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK 2024.

Penerimaan anugerah ini mencerminkan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam usaha memajukan bidang pendidikan. Semoga pengiktirafan ini menjadi motivasi untuk terus menyumbang ilmu dan pengalaman kepada pelajar, serta menjadi teladan dalam komuniti pendidikan. 

Tahniah sekali lagi, dan semoga perjalanan ke arah kecemerlangan terus diteruskan, membawa inspirasi kepada kita semua.

Kongsi:

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH.

12 September 2024 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik peringkat IPGM Kampus Ipoh telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Dr. Yusminah Binti Mohd Yusof, Pengarah IPGM Kampus Ipoh. Seramai 107 siswa guru menerima anugerah pencapaian cemerlang akademik dengan purata nilai gred 3.85 ke atas. Selain itu, siswa guru dengan purata nilai gred tertinggi mengikut pengkhususan turut menerima anugerah dalam majlis ini.

Anugerah juga diberikan kepada siswa guru terbaik dalam penyelidikan, praktikum, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) serta 8 siswa guru penerima sijil Huffaz dalam program kolaborasi Hafazan Al-Quran IPGM Kampus.

Tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian cemerlang ini!



Kongsi:

PROGRAM "SPECTRUM OF HOPE" UNTUK KESEDARAN AUTISME

 

Satu program komuniti berkolaborasi IPGM Kampus Ipoh dan The National Autism Society of Malaysia (NASOM) serta melibatkan pelajar dari UTP. Tujuan program ini diadakan untuk:

a)      Meningkatkan Pemahaman Mengenai Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

b)      Memperkukuhkan Pendidik dengan Strategi Pengajaran Berdasarkan Bukti

c)      Mempromosikan Teknik Komunikasi Yang Berkesan

d)      Mendorong Strategi Pengurusan Tingkah Laku Positif

e)      Mengukur Impak dan Mengumpul Maklum Balas

JKA terlibat sebagai penganjur bersama dengan UTP dan NASOM dalam program ini. Program ini telah dijalankan pada 3/2/2024 dari 9.00pagi hingga 4.30ptg melibatkan pelajar unit A.





Kongsi:

Bengkel Kerja JKA di Politeknik Ungku Omar

 30-31 Jan 2024 - Satu Bengkel kerja JKA telah dijalankan di Politeknik Ungku Omar. Tujuan bengkel ini adalah untuk membuat perancangan bagi Semester III 2023/2024. Selain itu membuat penambahbaikan dari segi tadbir urus jabatan ini dalam bentuk digital. 







Kongsi:

Bengkel Penataran Maklumat Kursus dan ATP 4.0

 29 Jan 2024 - Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Siti Rosni, Pensyarah Gred Hakiki DG54 dan Dr. Mathan. Dr. Siti Rosni telah menyampaikan cara membina maklumat latihan berdasarkan template yang diberikan oleh pihak Unit Pembangunan Latihan manakala Dr. Mathan telah memberikan penerangan cara mengisi maklumat latihan sebagai CPD dalam ATP 4.0. Bengkel ini dihadiri oleh semua pensyarah IPGK Ipoh

 


 

Kongsi:

Bengkel Pemantapan OPD-KPPB bagi persediaan Semester II 2023/2024 (Jan-Mei )

 Unit Pembelajaran Digital, JKA IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan satu bengkel pemantapan OPD-KPPB. Tujuan bengkel ini adalah untuk menambahbaik pengetahuan pensyarah mengenai OPD-KPPB. Bengkel ini disampaikan oleh WIRA OPD IPG Kampus Ipoh, En.Faizul dan dibantu oleh Dr. Mathan. Pelbagai perkongsian telah dibuat dalam bengkel tersebut. Pada akhir bengkel beberapa pensyarah telah menbentangkan hasil draf OPD mereka.















 

Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1